
Team Keluar Sekejap berada di Johor Bahru, ibu negeri Johor Darul Takzim, untuk melihat, mendengar dan memahami sendiri suasana politik di negeri selatan tanah air ini menjelang Pilihan Raya Negeri Johor.
Dalam episod kali ini, kami menelusuri empat perkara utama yang membentuk landskap PRN Johor:
* Pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, yang bukan sahaja tegang di Johor malah turut menguji hubungan mereka di peringkat Persekutuan.
* Dinamika dalam Perikatan Nasional, serta perkembangan kuasa ketiga seperti MUDA dan parti baharu, BERSAMA.
* Peranan institusi istana dalam landskap politik, kepimpinan dan pembangunan negeri Johor.
* Suara Bangsa Johor — apakah harapan mereka, dan apakah yang mereka mahukan daripada pilihan raya kali ini?
Jom ikuti kembara PRN Johor bersama Iman Irfan hanya di Keluar Sekejap.